20091220

Sebenarnya aku perempuan ini sejak dulu dan sekarang.

1) Dulu bila kawan aku sendiri bercouple dengan bf aku sejurus kami break-up aku buat muka toya. Seperti tak ada perasaan. Lepas tu dia datang kat aku nangis-nangis mintak nasihat segala just because he was my ex so mesti aku tau lebih, at last diorang pun break-up juga. Masa tu aku tak sampai hati nak bagi tahu dia yang sebenarnya dia tak perlu bercouple dengan bf orang just nak tunjuk yang dia tu hot. Tapi aku diam je. Sambil pujuk2 bagi kata semangat.

2) Bila aku jalan-jalan ter'bump' orang aku tak boleh tahan diri dari mintak maaf berkali-berkali duk tunduk-tunduk mintak maaf macam orang jepun. Walaupun sebenarnya kalau kamu yang jadi penonton, yang salah sebenarnya orang tu.

3) Bila pergi F.O.S atau apa2 kedai, aku tak boleh tahan diri untuk melipat semula baju-baju yang dah aku try sampai sama macam bentuk asal. Sebab aku rasa kesian dengan promoter tu. Padahal memang dia di bayar untuk itu. Memang kerja dia pun. Tapi aku tak boleh tahan diri.

4) Bila pergi rumah orang, makan-makan segala, tak semua makanan tu rasa sedap kan. Sedaya upaya aku akan try cover supaya makanan tu selamat ditelan. Kadang-kadang kamu pergi rumah orang, kalau kamu perasan, ada certain makanan dia tak bersentuh. Aku kesian so aku cuba nak rasa. Tapi aku memang dari kecil tak boleh tahan ekspresi muka sendiri. Muka aku memang tak boleh tipu. Jadi banyak tuan-tuan rumah yang dah aku kecilkan hatinya. Sebab tu aku tak boleh dibawa ke majlis.

5) Kadang-kadang bila kamu ada kawan rapat yang suka memuja diri disebabkan dirinya yang hot dan saham melambung tinggi. Aku diam sebab aku tak sampai hati nak bagi tahu dia yang lelaki kadang-kadang suka test2 saja. Jadi jangan perasan. Lagi2 mat rempit semua orang mereka mengorat. Kalau kamu lelaki yang ayu dan jambu mungkin kamu pun terkena.

6) Kawan-kawan aku suka ambil hp dan bluetooth lagu. Itu normal. Tapi bila mereka mula mengutuk lagu-lagu dalam playlist, aku diam saja dan senyum. Mereka act seperti mereka tak pernah layan lagu-lagu jiwang. Meh sini tengok hp hang. Kadang-kadang manusia itu ada masa untuk jadi jiwang dan leleh tau!

7) Aku selalu takut untuk jadi the 1st. Aku selalu takut untuk tunjuk pada masyarakat talent aku. Kalau boleh nak sorok sampai tak nampak langsung. Bila melukis, aku tak buat sepebuh hati pura-pura buta dan perlukan panduan. Supaya kawan aku yang lain boleh outshine. Tapi bila tengok orang lain yang sangat excel dalam talent aku tu. Aku jadi sedih sebab aku rasa aku boleh buat lebih baik daripada tu. Tapi aku takut. Sebab tu bila aku cakap aku pandai melukis orang akan tengok aku dengan pandangan freak, seperti aku cakap yang aku dilamar oleh James Morrison semalam.

8) Aku selalu ada crush tapi aku tak berani buat apa. Aku tengok dia pastu duk sengih sorang-sorang. Sebab aku takut dia tolak aku. Self esteem aku sangat rendah. Kamu tahu kan perasaan macam contoh, Ouh..aku buruk tak dak sapa nak pandang, macam tu la. Tapi bila kawan aku sendiri yang biasa je pun boleh pergi duk couple dengan mamat aku crush...waaa ia sangat sedih =(

9) Aku selalu rasa bersalah untuk melawa. Sebab aku takut orang kata aku over. Macam ayam kampung bermigrasi ke bandar, begitulah. So, bila aku kahwin nanti aku nak cari orang berkarakter sebegini, supaya mereka tak fore shadow aku atas pelamin nanti ;D

10) Sepanjang hidup, aku rasa aku perlu sembunyikan identiti diri. Contoh macam aku pakai tudung hitam selekeh dengan t-shirt buruk dan berselipar jepun lepas tu pergi low yatt cari hp. Lepas tu apek tu duk hulur hp nokia 3310 dan seangkatannya kat aku. Kesannya, orang akan look down pada aku dan mengutuk segala. Masa tu aku perlu tunjuk diri sendiri supaya mereka shut up and it works. Serius. Aku bukan nak bajet diri atau apa, ini sebagai contoh apa yang berlaku. Watak dan karakter memang tak ada kena mengena.

11) Bila dalam kelas, selalu cikgu akan tanya soalan. Selalunya bila aku tau jawapan aku senyap tapi tulis jawapan atas buku. Kira macam dah jawab la. Tak pun jawab dengan nada yang rendah. Tak ada sapa yang dengar mahupun orang sebelah. Supaya, ada orang lain boleh speak up.

Berdasarkan points kat atas ni, aku rasa kamu sendiri dah dapat imagine macam mana hidup aku.
Perempuan tipikal, yang low self esteem, outdated, perempuan yang kamu tengok pun tak pandang 2 kali, kalau terpijak kaki dalam LRT kamu tak cakap sorry pun. Bila kamu sindir aku depan orang ramai pun aku senyum saja. Kalau buat presentation pun kamu akan suruh dia bercakap 2/3 patah perkataan saja. Bila ada dinner atau outings kamu akan ajak dia just untuk memenuhi kuota.

Mungkin ada certain benda kat atas tu ada dalam diri kamu dan satu benda aku nak cakap pada kamu. Heyy...kita serupa!

Tapi bila dah besar ni, keperluan untuk ada self esteem yang tinggi itu vital. Jadi aku evolve sikit demi sikit. Sebabkan aku evolve itulah datang masalah macam dalam entri ini. Itu masalah lain. Tapi untuk self esteem dari segi love matters aku masih fail. Aih.

Aku memang perempuan itu. Perempuan yang kamu pandang sebelah mata. Perempuan yang tak ada pendapat. Setiap perkara yang berlaku dia akan diam dan mula berlakon jadi orang lain. Karakter yang lemah. Bodoh-bodoh. Tak boleh diklasifikasi sebagai seorang thinker atau fighters. Tak tahu apa berlaku dalam dunia. Sebab aku tak nak kamu, kamu dan kamu kecil hati bila aku keluarkan apa benda yang aku rasa. Sebab ia sakit buat kamu dan saya kesian.

Kat luar tu berlambak orang macam aku. So, berhati-hati. Be nice to everybody. We know your weaknesses but we rather be silent and hurt. ;D

Percayalah tak teruk pun jadi begini. Serius.

20091218

Satu kosong.

Tahniah Malaysia. Satu kosong. Anda rock!
Macam tak percaya.
Dah lepas ni saya nak cari jersi Malaysia la pulak. ;D

20091214

Perkara yang lebih indah daripada menjadi diva!

Hari itu sangat indah, bila aku tak cari kau pun tapi tiba-tiba kau boleh muncul depan mata aku. Aku yang sakit perut sebab masuk angin kesan mogok lapar semalam terus hilang sakit. (Paling benci sakit yang berkaitan perut- serius merosakkan mood sepanjang hari tau. Bad day sangat). Bila tengok kau senyum (walaupun sebenarnya kau senyum dekat mamat belakang aku) terus sakit aku hilang sampai aku duk tersengih tak ngantuk sepanjang kuliah.
So, apa lagi yang lebih indah! ;)

20091206

The sk8ter boy pakai wedges!

Semalam saya sempat beli wedges yang more or less macam ni. Hehe. Tak sabar nak pakai pergi kuliah esok. hehe




Saya sekarang ni dalam hati ada bunga-bunga.
SERIUS lelaki itu sangat interesting.
Dia nampak macam bosan. Tak dak perasaan. Duk terperam dalam dunia sendiri. Square.


Tapi hari-hari buat saya fikir,

' Apa lagi dia nak buat hari ni?'
Serius my days are full of surprises.

nota jari kaki sudah baik: mahu nyanyi lagu Deeper Conversation =)

20091203

Mari ber'abortion'

Esok saya kena jadi panel untuk bagi simple talk pasal abortion.

Sekarang saya makan pun tak lalu.
Setiap kali ratah ayam tu rasa macam ratah fetus baby. Yek!



Kadang-kadang bila tak ada otak manusia memang haiwan sosial yang teruk daripada kalangan haiwan.
Saya tak nak sentuh pasal kamu kehamilan tak rancang ke, kamu kena rape ke apa ke.
Saya cakap ni secara general.
Kalau cerita pasal tu memang tak kan habis.




p/s: Sekarang tengok macam mana 'seleranya' saya nak makan sekarang.

20091202

Buat I geram aje.

Ouh dah lama tak update.
Tengok blog ni dah penuh habuk sana sini. Fuhhh..fuhhh..*tiup-tiup*

*(Post hari ni kita tukar pakai I You pulak yea)


Ouh lagi...I nak post hari ni tentang ketidakpuasan hati I apabila hak cipta/ hak karya I di 'claim' sebagai hak orang lain.
Wah bikin panas je.
Hantu betul.
Watefish! Tiada kemaluan langsung.
Itu risiko yang I perlu tangung. Tu la sapa suruh publish gambar-gambar tu. Padan muka.
Tapi serius bila kamu dapat capture satu imej dan dapat share dengan semua orang.
Wooo..PUAS ..wooo!

Btw, hari tu I ada janji mahu update gambar baru kan?
Maaf hari tu cuti raya haji terus balik kampung.
Kampung I tak ada internet, kat ulu sebelah bendang tepi Gunung Jerai.
Broadband
semua tinggal rumah.
So, 'nahe' gambar baru ok.
Later.

nota jari kaki melecet pakai wedges:

*Ada orang kata muka I ada iras-iras macam mamat ni.
Wah..buat I kembang je *winkwink*.
Saja je nak suruh I belanja movie la tu. Hmph.

20091115

saja nak update!

  • Ada banyak gambar baru capture tak sabar nak upload. Tunggu ae. (Ceh macam ada je orang nak tengok)
  • Next week ada courses review, saya ingat nak ambil photography! Ibu kata: 'Kau nak kena pelangkung buat la!'. Alamak. Ok2..gigi..yea..gigi.
  • Ukur lilit perut saya semakin semakin kurang. *winkwink* Ini rahsia rindu rumah.
  • Rungsing tunggu duet scholar masuk. Before raya haji kot. Tak dak duet nak makan dah ni. Tapi tak tahan tengok roti Butterscotch. Mahal la 4.00! Hmph.
  • Berusaha taip laju-laju. Tengok atas RM 0.73. Tak boleh lebih singgit. Tak dak duet tapi gian online. Haish.
Ok dah bye. Tengok sekarang dah RM 0.77. Bye!

p/s: HIDUP BUTTERSCOTCH!